• UM Academic & International
  • tnc_aka@um.edu.my
  • 03-79673203
logo
logo

Pelaksanaan Penyelarasan Kadar dan Urusan Caj Yuran Program Sangkutan Bagi Pelajar Mobiliti Warganegara dan Bukan Warganegara

UM.TNC1/ISC/911
5 Mei 2020


SEPERTI SENARAI EDARAN

Tuan/Puan,

PELAKSANAAN PENYELARASAN KADAR DAN URUSAN CAJ YURAN PROGRAM SANGKUTAN BAGI PELAJAR MOBILITI WARGANEGARA DAN BUKAN WARGANEGARA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) dalam mesyuaratnya pada 20 Disember 2019 telah bersetuju meluluskan penyelarasan kadar dan urusan caj yuran program sangkutan bagi pelajar mobiliti warganegara dan bukan warganegara seperti jadual yang diberikan dalam Lampiran A.

Oleh yang demikian, sukacita saya menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara-perkara berikut:

1. Kuasa melulus bagi sebarang pengurangan atau pengecualian yuran yang ditetapkan bagi program sangkutan adalah seperti berikut:

Bil.

Jenis Yuran

Kuasa Melulus

1.

Yuran Pentadbiran (One-Off)

Penolong Naib Canselor (Antarabangsa)

2.

Yuran Sangkutan

Ketua PTj (Dekan/Pengarah)

2. Pengurusan program sangkutan penyelidikan dan Latihan Industri (internship) termasuk urusan penerimaan bayaran yuran adalah di bawah tanggungjawab PTj berikut:

Bil.

Kategori Pelajar

PTj bertanggungjawab 

1.

Pelajar Warganegara

Pusat Latihan Intern dan Pengayaan Akademik (CITrA)

2.

Pelajar Bukan Warganegara

Pusat Pelajar Antarabangsa (ISC)

3. Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian bertanggungjawab menguruskan sendiri penawaran program sangkutan (Research Posting, Elective Posting dan Clinical Attachment) di PTj masing-masing mengikut kadar yuran yang ditetapkan dalam Lampiran A.

4. Penyelarasan kadar dan urusan caj yuran program sangkutan bagi pelajar mobiliti warganegara dan bukan warganegara ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.

Dengan pelaksanaan ini, semua caj yuran dan bench fees bagi Research Posting/Attachment, Elective Posting yang pernah diluluskan sebelum ini oleh Jawatankuasa Yuran Universiti (JYU) dan JKPU adalah dengan ini DIBATALKAN.

Kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,


PROFESOR DR. KAMILA GHAZALI
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)


s.k. Penolong Naib Canselor (Antarabangsa)
Pengarah, Pusat Pentadbiran & Perkhidmatan Akademik (AASC)
Pengarah, Pusat Perancangan Strategik Akademik (ASP Centre)
Pengarah, Pusat Penambahbaikan Akademik dan Pembangunan Kepimpinan (ADeC)
Pengarah, Pusat Latihan Intern dan Pengayaan Akademik (CITrA)
Pengarah, Pejabat Hubungan Antarabangsa (IRO)
Pengarah, Pusat Pelajar Antarabangsa (ISC)
Pengurus, Pusat Pemasaran & Pengambilan (MRC)
Pengarah, Institut Kong Zi (IKZ)

Please click here:

Lampiran A-Penyelarasan Kadar dan Urusan Caj Yuran Program Sangkutan Pelajar Mobiliti

Last Update: 28/09/2021